Sunday, May 6, 2012

RINTIHAN KOSONG

Ya Allah,sesungguhnya fitnah adalah lebih teruk daripada membunuh..

Entry will be long..stay with me

selama aku hidup, aku TAK pernah menangis kerana seorang kawan
Aku tidak tahu nilai seorang kawan boleh membuatkan air mata mengalir deras
Harini aku mengalaminya,
sungguh mudah bisikan syaitan menghantui seseorang,
aku juga tidak dapat lari daripada godaan syaitan,
Namun tidak sekali syaitan dapat memutuskan persahabatan yang telah aku  bina,

kawan ku ini ialah antara manusia terpenting dalam hidup ku,
bukan niat ku untuk menyalahkannya,
sekalipun untuk menidakkan tanggungjawabnya sebagai ibu,
salah kah aku untuk meluahkan perasaan aku,
sedangkan dia sering meluahkan ketidakpuashatian nya kepadaku jika aku salah

ikut kan hati mati,ikut rasa binasa,

aku tak menyesal dengan apa yang aku telah luahkan,

selama ni,aku sering mendengar,membantu,dan aku akan pastikan dia sentiasa gembira walaupun dia sering merasakan dirinya tidak sempurna..ketidaksempurnaan yang dikatakan adalah Perfect untuk orang seperti aku.

Mungkin warkah aku ini agak kebudak-budakan..namun, tidak salah untuk aku meluahkan perasaan yang terpendam

aku telah melakukan segala-galanya,
aku rasa untuk dia paling banyak sekali pengorbanan aku sebagai kawan,

Namun, untuk dia tidak,
sungguh mudah untuk memutuskan pertalian menerusi alam siber yang penuh dengan hasutan

Aku terasa difitnah,
dan yang paling penting,buat kali pertamanya aku menitiskan air mata,
amat sebak bagiku untuk menggambarkan perasaan ini menerusi kata-kata

"if it means losing friendship,then be it,"


diluahkan di twitter oleh rakan baik ku ini..aku tidak dapat menyalahkannya kerana berkata sedemikian,tapi ingatlah
aku juga punya perasaan,
aku punya hati,
aku punya maruah,
senang-senang kau berkata sedemikian,
dan aku redha hilang seorang rakan sebegini
mungkin kita akan berjumpa di hari lain,
tapi aku tidak akan berada disisi kau ketika kau sedih,kau rasa seperti tersisih dan terutama sekali bila kau memerlukan teman untuk berbicara


Saat ini,aku mungkin sudah tidak berkawan dengan kau,
dan tidak mungkin akan menjalinkan persahabatan kembali atas cacian terhadap aku,
aku tidak bersalah 


namun aku maafkan dia sebagai makhluk Allah




betul kata nadzmin,berkawan biar berpada,nanti binasa diri


semua orang tidak akan faham perasaan aku,
biarlah aku dan diriku











No comments:

Post a Comment